AL FADHIL HAJI UST SADIK OZATA, Presiden Hayrat Malaysia
Kalam Presiden
Syukur Alhamdulillah Hayrat Malaysia sudah berada di Malaysia sejak 2008 di mana saya buat kali pertamanya dihantar oleh Hayrat Foundation, Turkiye sebagai perwakilan rasmi di sini dan bagi
menjalankan khidmat dakwah Risalah An-Nur kepada masyarakat Malaysia.
Sejak daripada itu, ramai sahabat-sahabat yang membantu saya dan sedikit demi sedikit, ahli jemaah kami makin berkembang bukan sahaja di kalangan masyarakat, bahkan dari kalangan ahli akademik di universiti-universiti terkemuka di Malaysia ini.
Pada tahun 2012, bagi mengembangkan lagi jemaah ini dan bergerak secara rasmi, kami telah mendaftarkan diri di bawah RoS dengan menggunakan nama “Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur”. Maka, kerja dakwah menjadi semakin rancak lebih-lebih lagi apabila tertubuhnya cabang khidmat kami seperti sayap kemanusiaan dan penerbitan.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kami dari awal sehingga sekarang. Tidak dapat kami membalas jasa kalian yang bersungguh-sungguh memberi khidmat kepada dakwah Risalah An-Nur ini. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran yang setimpal dan dipertemukan kita semula di syurga Allah kelak In Sya Allah. Terima kasih.
